Sejarah Penggunaan Topeng Anonymous


Pada kali ini saya admin blog Hackjela berkongsi mengenai Sejarah Penggunaan Topeng Anonymous.
Untuk mereka yang belum mengenali kumpulan Hactivisme atau Anonymous, kumpulan ini adalah kumpulan yang bertanggungjawab melancarkan serangan terhadap seluruh kumpulan atau organisasi yang menyekat kebebasan internet atau bertindak diluar tabii. Ada yang cuba mengaitkan antara Guys Fawkes dan Anonymous. Tetapi sebenarnya tiada kaitan sama sekali antara Guys Fawkes dan Anonymous. Sebelumnya kita berbincang lebih jauh mengenai latar belakang Anonymous, saya kongsikan dulu dengan anda mengenai Guys Fawkes.


Rupa paras Guys Fawkes djadikan sebagai identiti kumpulan hacker cyber cream terbesar di dunia "Anonymous". 5 November 1605, Guy Fawkes adalah orang yang bertanggungjawab melakukan pengeboman di Bangunan  Parlimen Inggeris. Dia bersama pengikutnya melakukannya kerana ingin membunuh Raja James 1. Namun hasrat Guy Fawkes dan pengikutnya berjaya dipatahkan oleh pihak keselamatan kerajaan. Yang menghairankan, penangkapan hanya dilakukan terhadap Guy Fawkes, sementara 30 pengikutnya berhasil melepaskan diri. Peristiwa pengeboman itu dikenali sebagai "Gun Powder Plot". Untuk mengenang peristiwa tersebut, masyarakat Inggeris melakukan perayaan bunga api pada setiap 5 November. Jadi, apa hubungan nya dengan Anonymous?

Anonymous

Bagi saudara yang sering berkunjung ke dunia maya, atau mereka yang sering mencuba untuk menggodam sesuatu samada internet, hack password wifi, pangakalan data website, atau apa-apa sahaja, sudah tentu sudah tidak asing lagi dengan istilah ‘’Anonymous’’. Di Malaysia sendiri pernah gempar dengan nama Anonymous beberapa tahun lalu di mana sekumpulang Hactivisme@Anonymous melancarkan "Operation Malaysia" terhadap kerajaan Malaysia. Ramai orang yang menyebutkan bahwa Anonymous adalah Hacktvisme yang disertai oleh penggodam dan craker yang sangat pro dalam Hacking. Tanggapan itu terbukti salah. Mengapa? Anonymous hanyalah sekumpulan orang yang tidak bernama atau tidak beridentiti. Sesiapa sahaja boleh menjadi "Anonymous". Bagaimana Anonymous menggambarkan dirinya?
Pendirian Anonymous iaitu ''Kebebasan Berinternet".

Sejak itulah, para Anonymous mula menyerang laman web dan database organisasi atau kerajaan yang di anggap melebihi batasan menyekat kebebasan individu dalam dunia internet. Anonymous bukan semata-mata penggodam. Mereka terdiri daripada golongan muda dan professional, dan pernah memecahkan rahsia CIA kepada WikiLeaks.

VFor Vendetta 

Anonymous menggunakan topeng yang diinspirasikan dari filem yang bertajuk "V for Vendetta". Kru produksi filem ini mencipta topeng untuk digunakan oleh watak Missi dalam penggambaran, dan di ambil dari rupa paras Guy Fawkes kerana filem ini memiliki cerita yang hampir sama dengan cerita sebenar Guys Fawkes. Kerana "Missi dan tujuan Tokoh V" dan "Guy Fawkes" yang sama dengan tujuan "Anonymous", iaitu menentang sistem pemerintahan yang menghalang kebebasan, maka Anonymous menggunakan topeng yang  sama.


Posted by: Penulis Teknorat Hackjela Updated at : 1:53 PTG

0 ulasan: